counter.bloke.com

ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SERUPA?

Bahagian 2  Tarabulsi

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam , tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun , sama seperti di lain-lain kawasan. Perbezaan yang dapat kita lihat adalah di waktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa di kalangan orang Islam yang meminum arak di sana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak Serbs, iaitu sebuah cafe yang pernah menyajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.

Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya “La Haula wa laa quwata illa billah”, tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. 

Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di wilayah selatan Kosova, dan dari mana Imam Ismail berasal. Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang Islam , tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang, dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama 8 tahun , sama seperti di lain-lain kawasan. Perbedzaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah. Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud. Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bomb puak Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah mensajikan minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan lain.

Bandingkanlah perbedzaan Opoya dengan bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat untuk membalas serangan puak Kristian Serbs. Inilah maknanya “La Haula wa laa quwata illa billah”, tiada kekuatan atau daya kecuali dengan kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar.

Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa’ kepada Allah SWT.

Bismillahhir Rahmaanir Raheem

Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan taqwa kami kepada Engkau Ya Allah dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah taubat kami dan ampunkan dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang. Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu, dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama sendiri. Ya Allah kami berlindung dengan Engkau dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba.

Ya Allah! Hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan di mana saja mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya Allah, dan mati dalam beriman. Ya Allah! Musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Berkuasa. Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan ke dalam hati mereka.

Ya Allah kami adalah makluk Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa billaahit-tawfeeq wal hidayah. Subhanaka Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu ‘alaa Muhammaddin Nabiyil Wa ‘alaa aalihi wasahbihi wassalam.
Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh!


CATITAN PENTING:
Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di Malaysia akan membaca ke semua bahagian ucapan di atas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan berleluasa?

1) bilangan yang murtad di Malaysia semakin bertambah, dan pihak berkuasa seolah mengalakkannya

2) zina di kalangan orang Melayu sudah berleluasa

3) arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak – lihatlah di Bangsar.

4) Kerajaan di Malaysia adalah sekular ( diakui sendiri dengan angkuhnya oleh Perdana Menteri Dr Mahathir) Alhamdulillah belum lagi sekular ekstrim seperti di Turkey tetapi dengan hasutan syaitan nampaknya Malaysia menuju ke arah kerajaan UMNO-BN sekular yang ekstrim yang sudah pun mula menyekat dan membendung serta menindas Islam ( di Pahang ceramah agama di masjid/surau sudah pun dianggap haram, dan para ulama dan ustaz sudah pun diharamkan dari berceramah di masjid-masjid di seluruh negara kecuali di Kelantan dan Terengganu yang diperintah BA (PAS). Diharap kita tidak menunggu sehingga gempa bumi yang sangat dahsyat atau banjir besar yang sangat memusnahkan berlaku sebelum kita sedar bahawa hari demi hari Dr Mahathir dan UMNO-BN mempelawa bala dari Allah SWT diturunkan menimpa Malaysia.

5) Masjid/surau hanya satu dua saf untuk solat fardhu, kadang kala hampir kosong (hanya 10 orang solat Maghrib di Masjid Negara pada hari Black 14 pada Sabtu 15 April 2000) - suatu survey tidak berapa lama dahulu menunjukkan hanya 10% orang Islam yang lengkap sembahyang 5 solat fardhu sehari. Keadaan yang serupa ujud di Kosova sebelum berlakunya pembunuhan rambang kaum Muslimin oleh puak Kristian Serbs. Jangan ingat jiran kita yang Cina dan India yang bukan Islam itu tidak mungkin bertindak ganas seperti puak Kristian Serbs di Bosnia dan Kosova. Tanda-tanda dah pun ada. Yang beragama Kristian di kalangan mereka akur bahawa Shah Alam itu kawasan majoriti Melayu Islam tetapi mereka berdegil dan mahu teruskan membina Kompleks Gereja terbesar di Shah Alam, dan kerajaan UMNO-BN pula menggalakkan mereka.

6) Undang-undang Syariah di ketepikan dan diambil ringan, atau seperti yang berulangkali ditimbulkan oleh Dr Mahathir, Ling Liong Syik, Lim Kheng Yaik, Hamid othman dan lain-lain pemimpin UMNO-BN dan “ustaz UMNO”undang-undang Syariah sudah tidak sesuai dengan zaman IT ini atau tidak boleh dilaksanakan oleh masyarakat berbilang kaum dan agama

7) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh menyebut syahadah. Jangan terperanjat.

8) Rasuah berleluasa, dari Menteri Kabinet, tokoh-tokoh UMNO-BN, pegawai-pegawai tinggi kerajaan hinggalah ke peringkat bawahan. ( Malahan satu sebab utama kaum Cina mengundi BN adalah kerana rasuah, salah guna kuasa yang berleluasa memudahkan mereka untuk mengkayakan diri ).

9) Ketidak adilan begitu nyata sekali. Mahkamah dan kehakiman sah dikawal sepenuhnya oleh Perdana Menteri Dr Mahathir

Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu panjang sekali. Dan segala-galanya adalah tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah membunuh dengan rambang untuk mencuci bersih orang Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita memilih untuk berdiam dan menunggu sahaja tanpa berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan tergesa-gesa kembali ke jalan Allah ? Adakah bala dari Allah yang kita idamkan?? Gempa bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia? Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh Allah ke atas Malaysia adalah pilihan kita sendiri. Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita yang akan menanggungnya.. .


Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi semata-mata kerana Allah SWT.